Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Khatam Al-Quran 2009


Assalamualaikum semua. Rasanya tak terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya. Pada 17 September lepas, panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran peringkat SK Tanjung Pengelih. Peserta adalah dari kalangan beberapa orang guru lelaki dan murid-murid yang telah berjaya khatam Al-Quran. Majlis dilangsungkan dalam suasana yang tenang tetapi meriah. Turut diselitkan ialah acara bersalaman dan pemberian duit raya kepada semua murid.








Khamis, 1 Oktober 2009

TKRS-Pengenalan & Perlembagaan


SEJARAH PENUBUHAN
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati,Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

1. LATAR BELAKANG
1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).
1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
2. RASIONAL
2.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.
2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
4. OBJEKTIF
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.
4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional.
4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati
dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan
sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bermesra.
4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan
memimpin.
5. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah sminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. Kursus Pemimpin diperingkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )
6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS
6.1 Disiplin dan Kerohanian
6.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
6.3 Alam Sekitar
6.4 Keusahawanan
6.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )
7. PEMANTAUAN
7.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh :
– Pengarah PelajaranNegeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar
7.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :
- Laporan Aktiviti
- Laporan Kewangan
7.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.
1.0 Nama dan alamat berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi sekolah rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Paras 5, Blok J Selatan, Pusat Bandar Damansara,
50604 Kuala Lumpur.
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.
3.0 Tujuan
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
3.0 Pengertian logo
3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk
semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
4.0 Bendera
4.1 Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.
4.2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin diri.
5.0 Keahlian
5.1 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.
5.3 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.
5.4 Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang
dinyatakan di atas.
5.5 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.6 Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai.
6.0 Pakaian Rasmi TKRS
6.1 Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
logo KRS.
f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
6.2 Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ).
c. Seluar /Kain Sekolah.
d. Tali wisel merah.
e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
7.0 Kawasan Kegiatan
7.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa,
kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia,
Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah
dan sekolah-sekolah.
7.2 Perkataan daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini
juga bermaksud jajahan di negeri Kelantan dan bahagian di negeri Sabah dan Sarawak.
7.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini
bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
8.0 Jawatankuasa
8.1 Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah:
Menteri Pelajaran Malaysia.
8.2 Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
8.3 Jawatankuasa peringkat kebangsaan, negeri dan daerah adalah seperti berikut:
a. Penaung
b. Pengerusi
c. Timbalan Pengerusi
d. Naib Pengerusi
e. Setiausaha Kehormat
f. Penolong Setiausaha Kehormat
g. Bendahari Kehormat
h. AJK yang dilantik
8.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:
a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah
8.5 Jawatankuasa peringkat kebangsaan:
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
( Jabatan Sekolah )
d.Timbalan Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
e. Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian
Sekolah
f. Setiausaha Kehormat : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah
g. Penolong Setiausaha Kehormat: Dilantik (Dua Orang)
h. Bendahari Kehormat : Dilantik
i. Ahli-ahli ( 11 orang) : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Pengarah Bahagian Teknik &
Vokasional
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Tiga ahli dilantik
Dua Wakil Jurulatih KRS
Dua Wakil Jurulatih TKRS
8.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri:
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
d. Timbalan
Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran
e. Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan
f. Setiausaha
Kehormat : Ketua Unit Kokurikulum
g. Pen.Setiausaha
Kehormat : Pegawai Tadbir KRS
h. Bendahari
Kehormat : Dilantik
i. Ahli-ahli
(7 orang) : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS
8.7 Jawatankuasa Peringkat Daerah:
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran
Daerah(M)
e. Naib Pengerusi : Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah (R)
f. Setiausaha
Kehormat : Penyelia
g. Pen. Setiausaha
Kehormat : Dilantik
h. Bendahari
Kehormat : Dilantik
i. Ahli (7 orang) : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS
j. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
8.8 Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.
8.9 Jawatankuasa Peringkat Sekolah:
a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri
b. Penasihat : Pengetua
c. Pengerusi : Pen.Kanan KoKurikulum
d. Timbalan
Pengerusi : Pen. Kanan Kurikulum
e. Naib
Pengerusi : Pen.Kanan HEM dan Peny. Petang
f. Setiausaha : Dilantik
g. Penolong
Setiausaha : Dilantik
h. Bendahari : Dilantik
i. Ahli-ahli : (7 orang Dilantik + Ketua Platun
KRS/TKRS )
j. Juruaudit
(2 orang) : Dilantik di kalangan guru
8.10 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah.
8.11 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.
8.12 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
8.13 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS
8.14 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.
9.0 Kewangan
9.1 Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00
9.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS/TKRS
9.3 Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh Penolong Pendaftar.
9.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS dilantik dalam mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau uruaudit.
9.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke semasa atas arahan Penolong Pendaftar.
10.0 Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuara