Isnin, 1 Februari 2010

Penyampaian Watikah Pengawas 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas 2010 berlangsung pada 1 Februari 2010. Ia dijalankan di kantin dengan penglibatan semua murid dan guru. Majlis dimulai dengan sedikit ucapan dari ketua Balai Polis Pengerang, Tuan Ismail. Kemudian setiap pengawas menerima watikah pelantikan dan seterusnya mereka membacakan ikrar melambangkan kesanggupan mereka untuk memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Tahniah kepada pengawas yang telah dilantik.