Isnin, 9 Julai 2012

Berhati-hati! Kalimah ALLAH di Kasut Crocs





Kasut Crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada saja canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana didapati ada iras-iras kalimah Allah.

Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.

Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam..

Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.

Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekongkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini.

Wallahua'lam..