Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2012













Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara negara satu negara yang lain. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. Walau apapun, itulah tarikh dan hari teristimewa kepada warga guru di seluruh Malaysia, dan ianya sudah pasti juga melibatkan warga pendidik di SKTP.

Inilah masanya jasa dan pengorbanan mereka dikenang. Inilah masanya penghargaan diberikan kepada mereka. Harus diingat, siapalah kita tanpa guru, siapalah kita tanpa cikgu. Guru bukan untuk dihina. Guru bukan untuk dijatuhkan martabatnya. Jangan hanya satu atau dua kes-kes ‘negatif’ berlaku melibatkan guru, kita ‘mencemarkan’ profesion tersebut. Namun agak sedih bila hakikat ini mula menular di kalangan masyarakat kita. Guru dipandang rendah kononnya berpendapatan rendah. Guru disaman kerana menganggap status guru boleh diperlekehkan. Harus diingat, guru hanyalah insan biasa yang sudah tentu ada salah dan silap.

Raikanlah bersama guru-guru, inilah masanya. Bangkitkan kembali martabat guru demi keutuhan dan kecemerlangan. Kehebatan seorang guru bukan kerana ketinggian ilmu semata-mata, tapi ia meliputi pengalaman, pengorbanan dan kesabaran.

Selamat Hari Guru kepada semua guru, khususnya warga pendidik Sekolah kebangsaan Tanjung Pengelih yang dicintai.

Jumaat, 16 April 2010

Kejohanan Olahraga Kali ke 9 tahun 2012

Pada 13 hingga 15 Julai 2012telah berlangsung dengan jayanya Sukantara dan Kejohanan Olahraga kali ke 7 SK Tanjung Pengelih. Acara padang yang dipertandingkan ialah Lontar Peluru, Merejam Lembing dan Lompat Tinggi. Bagi acara balapan pula seperti 100m, 200m, dan lain-lain lagi. Acara selingan turut disertakan iaitu tarik tali antara guru dan ibubapa dan larian 100mX4. Keputusan di akhir kejohanan ialah, rumah Kuning menjadi johan diikuti rumah Biru, Hijau dan Merah. Peragawan dan peragawati juga dipilih dari rumah Kuning. Tahniah kepada semua yang telah berjaya. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak TLDM kerana banyak memberikan bantuan bagi menjayakan program ini. Pasukan pancaragam TLDM berjaya menghidupkan suasana sewaktu perbarisan dengan meriahnya. Terima kasih dan jumpa lagi...
































Jumaat, 9 April 2010

Guru Lelaki Membuat Trek Garisan Di Padang Sekolah

Pada hari Jumaat 9 April, semua guru lelaki telah turun padang bagi membuat garisan trek untuk digunakan sewaktu Kejohanan Olahraga 2010 minggu depan. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan ia akan disambung lagi pada hari Sabtu ini.










Isnin, 5 April 2010

Aktiviti 10,000 Langkah

Pada 27 hb Mac 2010 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti 10,000 Langkah. Program ini dijalankan dalam waktu ko-kurikulum di mana semua murid dan guru akan berjalan kaki dari sekolah ke luar kawasan sekolah dan kembali semula ke sekolah dalam kiraan 10,000 langkah. Matlamat aktiviti ini adalah supaya semua warga sekolah sentiasa mengamalkan senaman untuk kesihatan meskipun dengan aktiviti berjalan kaki saja. Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.






Sabtu, 6 Mac 2010

Program Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2010











Pada 6 Mac 2010 telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Siri 1 bagi tahun 2010 ini. Semua guru terlibat sebagai fasilitator dan disertai oleh semua murid tahun 1 hingga 4. Program bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program j-QAF ini. Semoga kita sama-sama mendapat ganjaran yang baik dari Allah swt. Sampai berjumpa lagi di KBS Siri 2 pula...