Sabtu, 30 Januari 2010

Kursus Kepimpinan & Ceramah Motivasi 2010

Kursus Kepimpinan dan Ceramah Motivasi 2010 telah diadakan pada 30 Januari 2010 bertempat di SK Tanjung Pengelih. Ia disertai oleh semua pengawas, pengawas perpustakaan, ketua dan penolong kelas dan pengerusi serta pengerusi persatuan dan kelab. Pada sesi pagi, mereka mengikuti kursus kepimpinan yang telah dikendalikan oleh Cikgu Hasruddin. Selepas itu sesi ceramah pula dijalankan di dewan. Penceramah jemputan ialah Cikgu Nazri dari SK LKTP Adela. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat dan menyentuh perasaan. Semoga semua peserta mendapat manfaat dari program ini.