Selasa, 8 September 2009

Program Ihya' Ramadhan 1430H

Salamullah 'alaikum... Sepanjang bulan Ramadan Karim ini pihak SKTP khususnya Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan pelbagai program Ihya' Ramadan. Antara program tersebut ialah:

1. Pengedaran Risalah Ramadan. Diedarkan kepada semua murid pada setiap hari yang kami anggarkan sekitar 10 keping risalah. Di sini admin paparkan beberapa contoh Risalah Ramadan kerana selebihnya masih belum siap.














2. Tadarus Alquran yang dibahagikan kepada 15 orang guru dengan setiap orang mengambil 2 juzuk. Guru-guru ini akan bersama dengan mentee masing-masing dari Tahun 1-6 bertadarus pada waktu rehat iaitu 10.00-10.30 pagi di mana-mana kawasan yang dipilih oleh guru itu sendiri.

3. Peraduan Kuiz Ramadan yang mengandungi soalan berkaitan Risalah Ramadan yang diedarkan atau yang berkaitan dengan ibadah puasa. Terbuka kepada semua murid.

4. Pertandingan Mereka Buku Skrap iaitu murid akan membuat buku yang menarik dan kreatif yang ditampal di dalamnya semua Risalah Ramadan yang telah mereka kumpul.

5. Majlis Khatam Al-Quran dijangka diadakan pada 16 September 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan