Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2012













Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara negara satu negara yang lain. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. Walau apapun, itulah tarikh dan hari teristimewa kepada warga guru di seluruh Malaysia, dan ianya sudah pasti juga melibatkan warga pendidik di SKTP.

Inilah masanya jasa dan pengorbanan mereka dikenang. Inilah masanya penghargaan diberikan kepada mereka. Harus diingat, siapalah kita tanpa guru, siapalah kita tanpa cikgu. Guru bukan untuk dihina. Guru bukan untuk dijatuhkan martabatnya. Jangan hanya satu atau dua kes-kes ‘negatif’ berlaku melibatkan guru, kita ‘mencemarkan’ profesion tersebut. Namun agak sedih bila hakikat ini mula menular di kalangan masyarakat kita. Guru dipandang rendah kononnya berpendapatan rendah. Guru disaman kerana menganggap status guru boleh diperlekehkan. Harus diingat, guru hanyalah insan biasa yang sudah tentu ada salah dan silap.

Raikanlah bersama guru-guru, inilah masanya. Bangkitkan kembali martabat guru demi keutuhan dan kecemerlangan. Kehebatan seorang guru bukan kerana ketinggian ilmu semata-mata, tapi ia meliputi pengalaman, pengorbanan dan kesabaran.

Selamat Hari Guru kepada semua guru, khususnya warga pendidik Sekolah kebangsaan Tanjung Pengelih yang dicintai.

2 ulasan:

  1. "SELAMAT HARI GURU" SAYA UCAPKAN BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK DI SK TANJUNG PENGELIH. WALAUPUN SAYA TIDAK DAPAT LAGI MERAIKAN BERSAMA-SAMA SAMBUTAN HARI GURU NAMUN KENANGAN SELAMA 3 TAHUN DI SKTP TETAP SEGAR DI INGATAN.

    BalasPadam
  2. selamat hari guru jg kpd sue.nak lg ke buku seni?

    BalasPadam